Cari:
China Bantah Tindakan Yang Burukkan Situasi di Laut China Selatan
2015-10-16 16:44:09 CRI Cetak

China menentang sebarang tindakan oleh mana-mana pihak yang boleh memburukkan situasi di Laut China Selatan.

Demikian dinyatakan oleh Duta Besar China ke Amerika Syarikat (AS), Cui Tiankai, ketika menyampaikan ucaptama pada jamuan malam sempena ulang tahun ke-49 penubuhan Jawatankuasa Negara bagi Hubungan AS-China (NCUSCR), di New York kelmarin.

Ketika ditanya oleh wartawan mengenai kenyataan pegawai Pentagon bahawa tentera laut AS merancang untuk berlayar dalam lingkungan 12 batu nautika sekitar tapak projek menebus guna tanah China di Laut China Selatan, Cui berkata, pendirian China adalah jelas dan konsisten. China membantah tindakan oleh mana-mana pihak yang boleh memburukkan situasi di perairan berkenaan.

Tambah beliau lagi, dalam isu keselamatan maritim, China dan AS perlu bersama-sama melindungi kebebasan pelayaran. Namun, kebebasan pelayaran tidak boleh disalahgunakan oleh mana-mana pihak untuk membuat provokasi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China