Cari:
OBAOR Untungkan Rakyat
2015-10-16 11:20:39 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping ditemui wakil-wakil yang menghadiri Persidangan Khas Parti-parti Politik Asia Mengenai Jalan Sutera di Beijing semalam.

Xi dalam pertemuan itu berkata, pembangunan "Satu Jalur, Satu Laluan" (OBAOR) bukan sahaja memacu kemakmuran dan kerjasama ekonomi serantau, malah membantu meningkatkan interaksi antara pelbagai tamadun yang berbeza.

Menurut beliau, inisiatif OBAOR mendapat sambutan yang menggalakkan daripada lebih 60 buah negara sejak diperkenalkan dua tahun lalu. Inisiatif tersebut kini membuahkan hasil pada peringkat awal.

Pembangunan OBAOR akan dijalankan berdasarkan prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi serta semangat toleransi dan saling mempelajari demi permuafakatan bestari dan pembangunan bersama.

OBAOR akan membawa limpahan manfaat kepada rakyat di negara-negara yang terlibat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China