Cari:
Obama Ditemui Park Geun-hye
2015-10-17 16:36:36 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Park Geun-hye di White House semalam. Kedua-dua pemimpin menyifatkan hubungan antara AS dengan Korea Selatan sedang berada dalam tempoh paling baik dalam sejarah.

Dalam sidang media bersama selepas rundingan tersebut, Obama berkata, hubungan AS-Korea Selatan amat penting bagi Semenanjung Korea dan seluruh rantau Asia Pasifik.

Beliau menegaskan semula bahawa komitmen AS terhadap keselamatan dan pertahanan Korea Selatan tidak pernah berubah.

AS dan Korea Selatan tidak mengiktiraf Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) sebagai negara nuklear. Kedua-dua negara akan terus mendesak DPRK menunaikan kewajipan antarabangsa bagi mewujudkan keadaan bebas nuklear di Semenanjung Korea.

Obama turut melahirkan harapan supaya China dan Korea Selatan dapat menjalinkan hubungan yang kukuh, seperti harapannya terhadap hubungan antara AS dengan China.

Park Geun-hye pula menyatakan, Korea Selatan dan AS mempunyai persepakatan yang luas dalam isu dua hala, serantau dan antarabangsa, khususnya dalam isu nuklear Semenanjung Korea, kedua-dua pihak mempunyai sasaran yang sama.

Menurut beliau, sama ada DPRK benar-benar bersedia untuk melepaskan program nuklearnya adalah kunci penyelesaian isu tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China