Lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Britain diharap dapat membuka "era keemasan" bagi kerjasama dan pertukaran kedua-dua negara. Harapan ini dilahirkan oleh Duta Besar Britain ke China, Barbara Janet Woodward dalam sidang akhbar semalam.
Barbara berkata, kerajaan Britain bersikap positif terhadap pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua negara. Britain antara negara Eropah yang menarik pelaburan paling banyak dari China. Lawatan Presiden Xi kali ini akan meletakkan asas yang kukuh kepada kerjasama kewangan Britain-China. Kerjasama ini bukan sahaja membantu menggalakkan proses pengantarabangsaan mata wang renminbi (RMB), tetapi juga dapat mengukuhkan kedudukan London sebagai pusat kewangan antarabangsa.
Britain juga berharap meningkatkan komunikasi dengan China tentang isu-isu global seperti usaha menangani perubahan iklim, mengatasi masalah penyakit berjangkit dan membanteras keganasan.