Cari:
MH17: Rusia Sangkal Tuduhan Belanda
2015-10-17 16:43:23 CRI Cetak

Rusia menyangkal tuduhan Belanda bahawa negara itu sengaja "menyemai kekeliruan" mengenai tragedi MH17 dengan berterusan mengkritik laporan akhir siasatan berkenaan.

Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova, dalam kenyataan semalam, mengkritik Setiausaha Hal Ehwal Luar Belanda, Bert Koenders yang membuat dakwaan tersebut. Dakwaan itu dikemukakan kerana Belanda tidak dapat memberi jawapan kepada tuntutan Rusia supaya senarai anggota penyiasat diumumkan.

Tegas jurucakap itu, Rusia amat prihatin terhadap insiden tersebut dan mahu melihat keadilan ditegakkan untuk mengetahui punca sebenar insiden itu.

Pada 13 Oktober lalu, Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) mengeluarkan laporan yang mengesahkan pesawat MH17 ditembak jatuh dengan pelancar peluru berpandu darat ke udara BUK. Peluru berpandu itu dilancarkan dari lokasi dalam kawasan seluas 320 kilometer persegi di timur Ukraine.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China