Cari:
Program Interaksi OBAOR di Guangdong
2015-10-18 16:04:15 CRI Cetak
Program interaksi untuk mendorong pembangunan "Satu Jalur, Satu Laluan" (OBAOR) yang dianjurkan oleh Persatuan Diplomasi Awam Guangdong (GPDA) diadakan di Guangzhou semalam.

Pengerusi GPDA, Wang Rong berkata, seiring dengan pembangunan OBAOR, Guangdong dan negara-negara di dunia akan mendapat peluang keemasan pusingan baharu untuk memperkasakan kerjasama menang-menang.

Beliau berharap pihak-pihak terlibat memanfaatkan peluang ini untuk bersama-sama menggalakkan kerjasama ekonomi dan pertukaran sosiobudaya antara China dengan dunia.

Ketua Setiausaha Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia di China (MAYCHAM)-Guangdong pula menyatakan bahawa gagasan China untuk membangunkan OBAOR, yang dianggap sebagai versi moden laluan sutera maritim purba, akan membawa peluang baharu untuk pembangunan ekonomi negara-negara di sepanjang laluan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China