Cari:
Forum Xiangshan Bantu Selesai Perselisihan
2015-10-18 16:18:40 CRI Cetak

AS giat menyokong Forum Xiangshan yang dianjurkan oleh China. Platform ini menggalakkan dialog dan perundingan antara negara-negara terlibat, dan turut membantu beberapa negara menyelesaikan perselisihan secara damai.

Demikian dinyatakan oleh ketua delegasi Amerika Syarikat (AS), Frederick Padilla yang menghadiri Forum Xiangshan ke-6 di Beijing semalam.

Padilla yang juga Presiden Universiti Pertahanan Nasional AS (NDU), menyatakan bahawa di samping giat memperkasakan kerjasama, China dan AS juga mempunyai perselisihan. Lawatan Presiden China, Xi Jinping ke AS telah membuahkan hasil penting, yang menyaksikan hubungan antara kedua-dua negara bertambah baik.

Tambah beliau lagi, mengekalkan komunikasi dan dialog terbuka adalah langkah yang paling penting untuk menyelesaikan isu Laut China Selatan secara damai.

         

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China