Cari:
Lawatan Xi Kukuh Kerjasama China, Britain
2015-10-18 17:03:30 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan rasmi ke Britain pada 19 hingga 23 Oktober ini. Ini merupakan lawatan rasmi pertama Presiden China ke negara itu sejak 10 tahun lalu.

Duta Besar China ke Britain, Liu Xiaoming menyatakan bahawa lawatan Presiden Xi ini akan menyediakan peluang keemasan untuk pembangunan hubungan China-Britain, dan turut memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara.

Liu menegaskan bahawa hubungan dua hala China-Britain berkembang dengan stabil sejak kedua-dua negara menjalinkan perkongsian strategik komprehensif pada tahun 2004. Melalui lawatan Presiden Xi ini, kedua-dua negara akan merangka pelan dan sasaran baharu, yang dianggap signifikan bagi hubungan bilateral.

Menurut beliau, dalam tempoh lawatan tersebut, kerajaan kedua-dua negara akan menandatangani siri perjanjian kerjasama yang melibatkan bidang ekonomi dan perdagangan serta sosiobudaya.   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China