Cari:
Ban Ki-moon: Ganding Bahu Basmi Kemiskinan dan Diskriminasi
2015-10-18 14:50:02 CRI Cetak

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam ucapannya sempena Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa pada 17 Oktober lalu, menyeru masyarakat antarabangsa bekerjasama untuk membasmi kemiskinan dan diskriminasi ketika berusaha merealisasikan Agenda 2030 demi Pembangunan Lestari.

Ban menyatakan bahawa Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa tahun ini bertemakan "Bina Masa Depan yang Lestari: Ganding Bahu Basmi Kemiskinan dan Diskriminasi", yang menegaskan perlunya memberikan perhatian lebih besar kepada golongan yang disingkirkan dan dipinggirkan.

Menurut beliau, lebih 900 juta orang di dunia masih hidup dalam kemiskinan tegar dan mungkin terdapat lebih ramai orang akan terperangkap dalam belenggu kemiskinan itu.

Ban menambah bahawa Agenda 2030 demi Pembangunan Lestari yang baru diluluskan menyasarkan untuk mewujudkan masa depan yang mapan untuk semua. Beliau menyeru agar segala bentuk diskriminasi dihapuskan untuk merealisasikan sasaran tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China