Cari:
Medvedev: Operasi Rusia di Syria Demi Kepentingan Negara
2015-10-18 15:36:50 CRI Cetak

Operasi ketenteraan Rusia di Syria adalah untuk memerangi keganasan demi kepentingan negara, dan bukan untuk membela pemimpin Syria, Bashar al-Assad, seperti yang dilaporkan oleh sesetengah media. Demikian kata Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev kepada media Rusia semalam.

Menyentuh cadangan Rusia untuk mengadakan rundingan mengenai situasi semasa Syria, yang dipersoalkan oleh Amerika Syarikat (AS), Mevedev menyatakan bahawa Rusia, AS dan negara lain mahu melihat Syria mempunyai sistem pentadbiran yang normal dan sah, yang bukan dikawal oleh kumpulan militan Negara Islam (IS). Isu-isu berkenaan perlu diselesaikan secara tuntas melalui rundingan politik. Namun, AS menolak cadangan tersebut, yang turut menunjukkan "kelemahan" negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China