Cari:
China, Britain Singkap Tirai "Zaman Keemasan"
2015-10-19 13:34:31 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping ketika menerima wawancara Agensi Berita Reuters semalam menyuarakan harapan beliau agar Beijing dan London dapat bersama-sama membincangkan pelan pembangunan, membina masa hadapan gemilang bagi hubungan kedua-dua negara, menyuntik tenaga baharu kepada kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang dan menyingkap tirai "zaman keemasan" bagi hubungan perkongsian strategik komprehensif China-Britain.

Xi berkata, biarpun pertumbuhan ekonomi global pada keseluruhannya menjadi perlahan pada tahun-tahun kebelakangan ini, namun pelaburan serta kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan Britain kekal meningkat. Britain merupakan negara pelabur kedua terbesar di Kesatuan Eropah (EU) bagi China, manakala China rakan dagang kedua terbesar di luar EU bagi Britain. Dimaklumkan, beberapa inisiatif Britain, seperti "Pusat Ekonomi di Utara England" dan "Strategi Industri Britain 2050" memang ada kesamaan dengan inisiatif China "Satu Jalur, Satu Laluan (OBAOR)", "Buatan China 2025" , "Internet +" dan lain-lain. Oleh hal yang demikian, kedua-dua negara boleh melebarkan kerjasama dalam pelbagai bidang sehingga membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua pihak.

Tahun ini merupakan tahun pertama bagi pelaksanaan Perkongsian Strategik Komprehensif China-Britain untuk dekad keduanya, yang juga bertepatan dengan ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik China-Eropah. Jadi, lawatan Xi ke Britain yang dijadualkan pada 19 hingga 23 Oktober depan itu dianggap sebagai satu kesempatan baik untuk menetapkan orientasi perkembangan hubungan bilateral, serta matlamat dan rancangan baharu yang berkenaan.

Ketika memperkatakan tentang kerjasama kewangan, Xi menganggap, kerjasama berkenaan sudah dilakukan sejak sekian lama, dengan tahap perkembangan yang pesat dan potensi yang besar. Dengan penandatanganan perjanjian tukaran mata wang dua hala serta penubuhan bank penjelasan mata wang Renminbi di London, kedua-dua negara ini berkemungkinan mewujudkan kesalinghubungan di pasaran kewangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China