Cari:
Kerjasama Pilihan Praktikal Pemeliharaan Keselamatan Asia Pasifik
2015-10-19 13:41:53 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Forum Xiangshan ke-6 menutup tirainya di Beijing semalam. Pegawai kerajaan dan sarjanah daripada 49 buah negara dan lima pertubuhan antarabangsa mengadakan perbincangan berhubung dengan isu keselamatan Asia Pasifik dan bersepakat bahawa kerjasama dan situasi menang-menang merupakan pilihan praktikal bagi memelihara kemakmuran dan keselamatan rantau ini.

Diplomat veteran China, Wu Jianmin berkata, forum yang amat berhasil kali ini mencerminkan trend saling bekerjasama antara pelbagai negara Asia Pasifik. Perbezaan pendapat boleh diselesaikan melalui dialog, namun sebarang perbezaan tidak akan menghalang hubungan kerjasama. Corak keselamatan perlu diwujudkan melalui perbincangan, pembinaan dan perkongsian bersama.

Ketika menyebut situasi keselamatan Asia Pasifik pada masa ini, para perwakilan bersepakat bahawa "peluang dan cabaran wujud bersama".

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan bahawa pelbagai negara rantau ini perlu berbincang tentang kaedah mengatasi cabaran yang dihadapi pada ketika ini. Beliau berkata, untuk menghadapi cabaran, negara-negara rantau ini mesti memperkuat solidariti antara satu sama lain.

Wakil-wakil berpendapat, kawasan perairan Laut China Selatan sedang menghadapi cabaran keselamatan yang agak kompleks. Pelbagai negara di rantau ini harus menyelesaikan pertikaian melalui dialog dan kerjasama bagi menangani risiko keselamatan maritim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China