Cari:
EU Batal Sekatan ke atas Iran
2015-10-19 15:11:17 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kesatuan Eropah (EU) semalam meluluskan undang-undang bagi membatalkan sekatan ke atas Iran.

EU menegaskan bahawa undang-undang tersebut akan berkuat kuasa sekiranya Iran melaksanakan perjanjian komprehensif isu nuklear Iran dan memperoleh pengiktirafan daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Menurut EU, undang-undang tersebut adalah untuk membatalkan sekatan terhadap ekonomi dan kewangan Iran. Semua pihak terlibat perlu memastikan perjanjian komprehensif isu nuklear Iran dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin.

Pada hari yang sama, wakil kanan EU yang bertanggungjawab terhadap dasar luar dan keselamatan, Frederica Mogherini dan Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif mengeluarkan kenyataan bersama bahawa 18 Oktober merupakan tarikh penting bagi pelaksanaan perjanjian komprehensif isu nuklear Iran yang telah dicapai sejak tiga bulan yang lalu. Hal ini bermakna tempoh penerimaan selama 90 hari bagi Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) yang ditandatangani oleh Iran dan enam kuasa dunia berhubung isu nuklear telah berakhir.    

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China