Cari:
Gao Hucheng: Bina Zaman Keemasan Perdagangan dan Ekonomi China-Britain
2015-10-19 11:36:41 CRI Cetak

Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng menyatakan bahawa pada ketika ini perdagangan dua hala China-Britain meningkat dengan pesat dan pelaburan antara kedua-dua pihak juga terus bertambah, di samping kerjasama dalam bidang baharu terus diperluas. Beliau berharap kedua-dua pihak dapat bekerjasama untuk membina zaman keemasan perdagangan dan ekonomi China-Britain.

Gao Hucheng menyatakan bahawa lawatan Presiden Xi Jinping ke Britain yang akan bermula hari ini mempunyai makna yang amat signifikan bagi perkembangan hubungan dua hala. Menurutnya, lawatan Presiden Xi tentu akan menggariskan hala tuju perkembangan hubungan kedua-dua negara pada masa depan, menggalakkan kerjasama pragmatik kedua-dua negara dalam pelbagai bidang dan mendorong hubungan perdagangan dan ekonomi mencapai tahap baharu.

Tambah beliau lagi, China dan Britain boleh bersama-sama meneroka potensi perdagangan kedua-dua pihak secara menyeluruh, memperdalam kerjasama dalam bidang pelaburan dan projek-projek besar, mempererat kerjasama peringkat kawasan dan kerjasama dalam pasaran ketiga, dan mewujudkan suasana perdagangan dan pelaburan yang baik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China