Cari:
DPRK Sekali Lagi Gesa AS Tandatangani Perjanjian Damai
2015-10-19 11:38:44 CRI Cetak

Baru-baru ini, Kementerian Luar Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang menggesa Amerika Syarikat (AS) menandatangani perjanjian damai.

Demikian menurut laporan akhbar Rodong Simum DPRK semalam.

Kementerian Luar DPRK dalam kenyataan yang dikeluarkan kelmarin menyatakan bahawa dalam usaha untuk menyelesaikan isu Semenanjung Korea, jika perjanjian damai tersebut tidak ditandatangani, isu-isu lain yang turut mendapat perhatian pelbagai pihak, termasuk AS juga tidak dapat diselesaikan.

Kenyataan itu juga menunjukkan bahawa rundingan yang mengusahakan ke arah Semenanjung Korea bebas daripada nuklear yang diadakan sebelum ini ternyata gagal, walaupun perjanjian yang melibatkan beberapa isu telah dicapai, namun masih tidak dapat dilaksanakan. Keadaan ini ekoran daripada dasar permusuhan yang sentiasa diambil oleh AS.

DPRK berpendapat bahawa bagi mengelakkan situasi menjadi lebih buruk, perkara yang perlu ditangani dahulu adalah menandatangani perjanjian damai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China