Perdana Menteri China, Li Keqiang, telah mempengerusikan sesi taklimat kewangan China pada 16 Oktober lalu dan turut menyampaikan amanat penting.
Menurut beliau, sektor kewangan telah memberikan sokongan padu kepada usaha memelihara kestabilan pertumbuhan ekonomi dan pengubahsuaian struktur ekonomi China.
Memandangkan situasi ekonomi domestik dan antarabangsa sangat rumit pada masa ini, PM Li menegaskan akan mengekalkan dasar mata wang yang stabil, mengamalkan dasar yang sederhana di samping mengambil sikap yang fleksibel, terus menggalakkan pembaharuan kewangan berorientasikan pasaran dan penggubalan undang-undang, menggalakkan inovasi kewangan bagi mencegah risiko dan menyediakan persekitaran kewangan yang baik demi pembangunan ekonomi.