Pengundian fasa pertama Pilihan Raya Parlimen Mesir bermula secara rasmi pada pukul 9.00 pagi semalam waktu tempatan.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir, dua fasa pengundian akan dijalankan di 27 provinsi, pengundian fasa pertama dijalankan di 14 provinsi pada 18 dan 19 Oktober, manakala fasa kedua akan dijalankan di 13 provinsi lain pada 22 dan 23 November.
Seramai 55 juta warga Mesir layak mengundi.
Selepas tiga tahun tidak mempunyai Parlimen, Mesir berkemungkinan membentuk Parlimen baharu yang mempunyai 596 kerusi menjelang penghujung tahun ini.
Pilihan raya kali ini merupakan langkah terakhir dalam pelan peralihan yang digubal kerajaan Abdel Fattah al-Sisi berikutan penggulingan mantan Presiden, Mohammed Mursi pada Julai 2013. Sebelum ini, referendum mengenai Perlembagaan Baharu dan pemilihan Presiden telah dijalankan dengan lancar di Mesir.