Cari:
Sukan Belia Kebangsaan China
2015-10-19 16:17:49 CRI Cetak

Sukan Belia Kebangsaan China yang pertama dirasmikan di Fuzhou, provinsi Fujian semalam. Naib Perdana Menteri, Liu Yandong menghadiri dan merasmikan temasya sukan tersebut.

Sebelum ini, temasya sukan itu disebut sebagai Sukan Bandar Kebangsaan. Kerajaan pusat menukar nama temasya sukan itu supaya selaras dengan Sukan Olimpik Belia Antarabangsa.

Temasya sukan tersebut akan menjadi aktiviti sukan dan budaya yang penting bagi golongan muda di China.

Terdapat 55 pasukan yang terdiri daripada 7,959 orang atlet dari pelbagai tempat di China termasuk Hong Kong dan Makau akan bertanding dalam 305 acara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China