Cari:
Ayam Menaip di Akaun Twitter
2015-10-20 14:17:37 CRI Cetak

Chicken Treat, sebuah syarikat makanan segera di Australia sedang melakukan gimik bagi menempatkan seekor ayam betina dalam Buku Rekod Dunia Guinness.

Ayam yang diberi nama Betty itu mengambil alih akaun Twitter syarikat tersebut seminggu lepas untuk menarik perhatian pelanggan.

Walaupun dengan hanya menekan beberapa huruf ketika mematuk atau berjalan di atas papan kekunci, ayam berkenaan berjaya menarik lebih 8,000 pengikut di akaun Twitter tersebut.

Khamis lalu, Betty berjaya menaip perkataan "bum", tetapi masih tidak mencukupi untuk Betty tersenarai dalam rekod dunia itu.

Syarikat berkenaan akan meneruskan gimik ini sehingga Betty berjaya menaip satu perkataan bahasa Inggeris dengan sekurang-kurangnya lima huruf.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China