Dari kiri: Hetty Koes Endang, Datuk Ramli Sarip, Siti Nurhaliza
Konsert Satu Suara Volum 2 di Panggung Sari, Istana Budaya oleh Siti Nurhaliza pada 7 dan 8 November yang turut menampilkan penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli Sarip dari Singapura, mendapat sambutan yang menggalakkan.
Siti yang dihubungi memaklumkan, tiket konsertnya sudah pun terjual melebihi 70 peratus dalam masa hampir dua minggu untuk dua hari konsert tersebut.
Tiket bukan sahaja dibeli peminat di Malaysia, malah dari Indonesia, Singapura dan Brunei.
Konsert Satu Suara Volum 2 merupakan kesinambungan kepada Konsert Satu Suara yang pernah diadakan di lokasi yang sama pada tahun 2010.
Konsert ini juga mengisi perancangan asal konsert muzikal Siti Nurhaliza yang dirancang pada bulan yang sama sebelum ini.
(Berita Harian Malaysia)