Cari:
Presiden Xi Mulakan Lawatan Rasmi di Britian
2015-10-20 12:16:10 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden China, Xi Jinping tiba di Lapangan Terbang Heathrow London pada pukul 8.00 malam semalam waktu tempatan dan memulakan lawatan rasmi di Britain.

Presiden Xi yang ditemani isteri, Peng Liyuan, disambut mesra oleh wakil Ratu Britain, Viscount Hood dan Setiausaha Luar Britain, Philip Hammond di lapangan terbang.

Presiden Xi menyampaikan salam mesra dan ucapan selamat kepada kerajaan dan rakyat Britain. Beliau menyatakan bahawa China dan Britain mempunyai sejarah yang panjang dan budaya yang gemilang. Sebagai negara anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan negara yang berpengaruh di dunia, China dan Britain mempunyai peranan dan tanggungjawab bersama bagi memelihara kedamaian dan pembangunan sejagat.

Menurut Presiden Xi, tahun ini merupakan tahun pertama bagi sepuluh tahun kedua perkongsian strategik antara China dengan Britain. Beliau menanti-nantikan kesempatan bertukar-tukar pendapat dengan pemimpin Britain berhubung dengan isu-isu antarabangsa dan rantau yang perlu diberikan perhatian bersama dan berkomunikasi dengan tokoh-tokoh pelbagai lapisan masyarakat Britain untuk sama-sama menggariskan rangka tindakan kerjasama bagi memastikan hasil perkembangan hubungan dua hala dapat dinikmati oleh rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China