Cari:
Lawatan Xi Kukuhkan Perkongsian China-Britain
2015-10-20 12:17:39 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Lawatan Presiden China, Xi Jinping, ke Britain akan terus memperkukuh perkongsian antara Britain dengan China dan menggalakkan hubungan dua hala terus berkembang ke arah yang lebih positif.

Demikian dinyatakan Hugo Swire, Menteri Luar Britain, semasa sesi taklimat di London semalam.

Swire berkata, kerjasama Britain-China dalam bidang ekonomi, perdagangan, kebudayaan dan hal ehwal antarabangsa semakin meningkat, manakala perhubungan antara rakyat kedua-dua negara juga semakin erat. Britain amat mengalu-alukan China meningkatkan pelaburan di Britain. Kini, jumlah pelaburan China di Britain semakin bertambah jika dibandingkan dengan jumlah pelaburan China di negara-negara lain di rantau Eropah. Britain juga telah menjadi rakan dagang kedua terbesar bagi China di Kesatuan Eropah (EU).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China