Cari:
Masyarakat Britain Letak Harapan terhadap Lawatan Presiden Xi Jinping
2015-10-20 13:02:56 CRI Cetak

Sebelum memulakan lawatan ke Britain, Presiden China, Xi Jinping, ketika diwawancara Agensi Berita Reuters, telah menjawab pertanyaan mengenai hubungan China-Britain, kerjasama kewangan, penerokaan syarikat China di pasaran luar, kerjasama antirasuah, Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB), isu Laut China Selatan dan situasi ekonomi China.

Sehubungan dengan wawancara tersebut, tokoh-tokoh Britain dan negara Eropah lain menganggap bahawa pandangan Presiden Xi terhadap hubungan China-Britain amat menggalakkan dan positif. Kedua-dua negara perlu mengambil kesempatan ini untuk memperluas kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, kewangan dan sosiobudaya. Hubungan Britain-China yang erat itu pastinya akan mendorong perkembangan hubungan Eropah-China.

Presiden Persatuan Perniagaan Britain-China, Stephen Phillips menyatakan bahawa syarikat-syarikat perniagaan Britain menanti-nantikan lawatan Presiden Xi Jinping dan kerjasama antara syarikat Britain dengan China akan memperoleh lebih banyak peluang kerjasama dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Serentak dengan itu, kerjasama kedua-dua pihak dalam pasaran kewangan dan perkhidmatan kewangan juga akan membuka lebih banyak peluang. Dalam tempoh beberapa tahun akan datang, gagasan "Satu Jalur, Satu Laluan" (OBAOR) akan membentuk semula laluan perdagangan dan pelaburan sejagat. Britain adalah rakan kerjasama yang baik bagi China dalam bidang itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China