Cari:
Xi Jinping: Tindakan China demi Pelihara Wilayah dan Kedaulatan
2015-10-20 15:26:01 CRI Cetak

Pulau-pulau di Laut China Selatan merupakan wilayah China yang ditinggalkan oleh nenek moyang sejak dahulu. Rakyat China tidak akan mengizinkan sesiapa pun mencabuli kedaulatan dan hak China. Tindakan yang diambil oleh China di Laut China Selatan adalah wajar demi memelihara wilayah dan kedaulatan negara. Tindakan China itu tidak perlu dicurigai dan dilempar dengan pelbagai tuduhan.

Demikian dinyatakan Presiden China Xi Jinping ketika diwawancara Agensi Berita Reuters sebelum lawatannya ke Britain.

Presiden Xi menegaskan bahawa situasi di Laut China Selatan adalah stabil atas usaha bersama pihak-pihak yang terbabit. Laut China Selatan merupakan laluan perdagangan yang penting bagi hubungan ekonomi China dengan luar negara. Seperti negara-negara lain, China juga mengharapkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan. China tidak mahu melihat atau menimbulkan sebarang kekacauan di kawasan perairan tersebut.

Menurut Xi, China sedang berusaha bersama-sama dengan negara-negara ASEAN untuk melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DOC) secara menyeluruh dan berkesan serta menggalakkan rundingan mengenai pembentukan Kod Tatalaku di Laut China Selatan(COC). China akan bersama-sama dengan negara-negara yang berkenaan untuk mengawal dan menangani pertikaian melalui mekanisme dialog dan rundingan damai, mewujudkan situasi saling menguntungkan dan menang-menang melalui usaha kerjasama dan penerokaan bersama, memelihara pelayaran dan penerbangan bebas pelbagai negara di Laut China Selatan berdasarkan undang-undang antarabangsa dan berusaha membina Laut China Selatan yang aman, mesra dan bekerjasama.

Xi juga mengesyorkan pihak-pihak berkenaan menghormati usaha negara-negara di kawasan berkenaan dalam memelihara keamanan dan kestabilan Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China