Cari:
China Catat Prestasi Cemerlang FYP Ke-12
2015-10-21 13:58:08 CRI Cetak

Dengan pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) Pembangunan Sosioekonomi China bagi tempoh 2011-2015 atau lebih dikenali sebagai FYP Ke-12, ekonomi negara ini telah mencatatkan pertumbuhan yang mapan, manakala kehidupan rakyat bertambah baik. Langkah-langkah berkesan yang diambil kerajaan pusat mengikut situasi semasa bukan sahaja membantu mengatasi cabaran dan risiko serta mempercepat penyusunan semula struktur, bahkan juga meletakkan asas yang kukuh untuk membina masyarakat kaya secara menyeluruh menjelang 2020.

Berlatarbelakangkan pertumbuhan ekonomi global agak perlahan pada tahun 2011 hingga 2014, China memantapkan pelaksanaan dasar ekonomi makro yang mapan di samping terus meningkatkan permintaan pasaran dan pembekalan yang efisien, sehingga mewujudkan operasi ekonomi yang rancak dan stabil, serta memperkukuh kekuatan negara pada keseluruhannya.

Dalam tempoh selama empat tahun itu, China mencatatkan prestasi yang amat cemerlang dalam pelbagai bidang. Antaranya, pertumbuhan purata tahunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 8%, yang mencecah RMB 63 trilion (MYR 42.68 trilion) pada tahun lepas; serta pendapatan per kapita meningkat kepada USD 7,380 (MYR 31,723) berbanding USD 4,300 (MYR 18,483) pada 2010. Menjelang penghujung 2014, panjang keseluruhan lebuh raya dan laluan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) di negara ini masing-masing 112 ribu kilometer dan 16 ribu kilometer. China adalah negara pengilang terbesar di dunia, dengan output sektor perkilangan menduduki 25% agregat dunia. Sumber Biro Statistik Negara China (NBS) menunjukkan bahawa sumbangan kegiatan ekonomi China terhadap pertumbuhan ekonomi global telah melebihi 25% dalam tempoh empat tahun lalu.

Pakar berkenaan mengatakan, China sudah memasuki satu fasa pembangunan yang serba baharu. Negara ini telah menjadi sebuah kuasa ekonomi yang amat berpengaruh di pentas antarabangsa.

Sepanjang tempoh FYP Ke-12 itu, usaha mempercepat pengubahsuaian mod pertumbuhan ekonomi merupakan keutamaan dalam bidang pertanian, perindustrian, perkhidmatan serta industri-industri baru muncul, seperti perlindungan alam sekitar, teknologi maklumat, perkilangan kelengkapan canggih dan sebagainya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China