Cari:
Presiden Xi Berucap di Parlimen Britain
2015-10-21 10:53:49 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China dan Britain harus meningkatkan pertukaran dan perkongsian pengalaman, bersikap saling memahami dan saling menyokong serta mempererat persahabatan dalam kalangan rakyat kedua-dua negara bagi memperkasa kerjasama dua hala dapat berkembang ke tahap baharu.

Presiden China, Xi Jinping menegaskan demikian ketika menyampaikan ucapan di Parlimen Britain pada 20 Oktober waktu tempatan.

Presiden Xi berkata, Britain merupakan negara yang paling awal mengamalkan sistem kerajaan berperwakilan di dunia. Kini, China sedang menggerakkan pentadbiran negara mengikut undang-undang tersebut. Badan perundangan kedua-dua negara boleh meningkatkan komunikasi dan perkongsian pengalaman dalam bidang tersebut.

Tegas beliau, Britain bukan sahaja merupakan negara kuasa besar barat yang pertama mengiktiraf penubuhan Republik Rakyat China (PRC) dalam sejarah, malah Britain telah terlebih dahulu menjalinkan perkongsian strategik komprehensif dengan China berbanding dengan negara-negara Kesatuan Eropah (EU) yang lain dan juga menjadi pusat urus niaga mata wang Renminbi di luar negara, selain Hong Kong.

Xi berkata, Parlimen Britain memainkan peranan yang semakin penting dalam menggalakkan pertukaran pelbagai lapisan masyarakat dan hubungan dua hala kedua-dua negara. Ahli parlimen diharap dapat terus menjadi penggerak, penyumbang dan penyokong hubungan persahabatan dan kerjasama antara China dengan Britain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China