Cari:
Presiden Xi Hadiri Jamuan Malam
2015-10-21 15:02:11 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden Xi Jinping dan isteri, Peng Liyuan menghadiri jamuan makan malam yang dihoskan oleh Ratu Elizabeth II Britain di Istana Buckingham, London pada malam 20 Oktober waktu tempatan.

Presiden Xi disambut mesra anggota keluarga diraja Britain antaranya termasuklah Putera William, Puteri Anne Elizabeth Alice Louise Laurence, Putera Andrew Albert Christian dan Putera Edward.

Dalam jamuan tersebut, Ratu Elizabeth II dan Presiden Xi masing-masing menyampaikan ucapan dan menyanjung tinggi hubungan dua hala China-Britain kerana bukan sahaja bermanfaat kepada kedua-dua negara bahkan seluruh dunia. Pemimpin kedua-dua negara bersepakat untuk terus membangunkan perkongsian strategik komprehensif antara China dengan Britain.

Ratu Elizabeth II dalam titah baginda menyatakan bahawa tahun ini amat istimewa bagi hubungan Britain dan China kerana merupakan tahun kerjasama dan persahabatan bagi kedua-dua negara. Lawatan Presiden Xi ke Britain merupakan peristiwa penting dalam menggalakkan hubungan dua hala terus berkembang ke arah yang lebih positif.

Xi menegaskan, China dan Britain perlu mengambil peluang tahun ini yang merupakan tahun pertama bagi sepuluh tahun kedua perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara dan bersama-sama meneroka masa depan hubungan dua hala yang lebih gemilang pada masa depan. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China