Bank China (BOC) menubuhkan pusat transaksi di London secara rasmi semalam dan melancarkan indeks urus niaga bon mata wang Renminbi (RMB) di Beijing, London dan Singapura secara serentak. Indeks bon tersebut mula dibuka kepada pelabur di seluruh dunia.
Sebagai antara pengasas bagi mekanisme pembinaan pusat urus niaga RMB di London, BOC cawangan London telah memainkan peranan yang amat penting dalam membangunkan pasaran urus niaga RMB di London.