Cari:
China Sedia Tingkatkan Pertukaran dan Kerjasama dengan Parti Buruh Britain
2015-10-21 14:13:11 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping yang sedang mengadakan lawatan di Britain telah menemui pemimpin Parti Buruh Britain, Jeremy Corbyn, di Istana Buckingham semalam waktu tempatan.

Xi Jinping menghargai sumbangan Parti Buruh dalam usaha memperkukuh hubungan China-Britain. Oleh itu, China amat prihatin akan kedudukan dan pengaruh besar Parti Buruh dalam arena politik Britain dan bersedia untuk meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan parti tersebut.

Jeremy Corbyn pula mewakili Parti Buruh, mengalu-alukan lawatan Presiden Xi ke Britain. Beliau menyatakan bahawa perdagangan dan pertukaran sosiobudaya antara kedua-dua negara berjalan dengan lancar. Britain memuji gagasan "Satu Jalur, Satu Laluan" (OBAOR) China dan gagasan tersebut pasti membawa manfaat kepada negara dan rakyat di kawasan terlibat. Selain itu, Parti Buruh juga menyokong Britain dan China dapat meningkatkan kerjasama dalam urusan serantau dan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China