Cari:
Xi Jinping: Perkembangan Hubungan China-Britain Bersumber daripada Rakyat
2015-10-21 11:28:37 CRI Cetak

Presiden China Xi Jinping ketika menyampaikan ucapan di Parlimen Britain semalam menegaskan bahawa ketika meninjau kembali sejarah hubungan China-Britain, beliau menyedari bahawa perkembangan hubungan dua hala adalah bersumber daripada saling memahami, saling menyokong dan persahabatan dalam kalangan rakyat kedua-dua negara.

Semasa Perang Dunia II, 24 orang anggota Tentera Laut China menyertai Perang Normandy dan menerima anugerah Perdana Menteri Britain pada ketika itu, Winston Churchill kerana berjuang dengan gagah berani. Manakala, mantan ahli Parlimen Britain, Michael Lindway, pernah menyertai Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun. Beliau bertanggungjawab menghantar barang-barang yang amat diperlukan pasukan tentera China termasuk ubat-ubatan dan peralatan komunikasi. Sejarah akan kekal mengenang mereka yang telah memberikan sumbangan kepada persahabatan China-Britain dan usaha demi mewujudkan keamanan dan keadilan dunia.

Pada awal tahun ini, selepas jururawat Britain, Anna Cross dijangkiti virus Ebola di Afrika, China segera menghantar ubat yang baru dihasilkan kepada pihak Britain bagi menyelamatkan Anna. Baru-baru ini, ahli Parlimen Britain, Lord Michael Bates mengadakan aktiviti berjalan kaki dalam tempoh lebih dua bulan dengan tujuan mengumpulkan dana untuk projek amal di China.

Hubungan China-Britain akan terus berkembang dengan lancar berdasarkan sumbangan tokoh-tokoh seumpama tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China