Cari:
Makan Cili 2.5kg Sehari
2015-10-22 14:20:12 CRI Cetak

Li Yongzhi, seorang lelaki dari Xinzheng, provinsi Henan, menjadi perhatian kerana tabiat peliknya iaitu memakan sebanyak 2.5 kilogram cili setiap hari.

Li yang dikenali sebagai "raja cili" di kalangan penduduk setempat berkata, dia menanam lapan spesis cili dari seluruh dunia di rumahnya.

Menurutnya, sejak masih kecil lagi, dia sangat menggemari cili dan akan makan cili sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

Dia mampu tidak makan daging atau telur setiap hari, namun tidak dapat menahan ketagihan jika tidak makan cili seharian.

Setiap pagi, orang biasa akan memberus gigi, namun perkara pertama yang dilakukan Li ialah makan cili dan berkumur selepas itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China