Urus niaga mata wang RMB di pasaran London berkembang pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini. PBC semalam menyatakan bahawa penyambungan perjanjian pertukaran mata wang tersebut dapat memberi sokongan kecairan kepada pembangunan pasaran mata wang RMB London bagi menggalakkan perkembangan urusan dalam sektor urus niaga dan pengurusan aset RMB, di samping memudahkan perdagangan dan pelaburan antara China dan Britain.