Cari:
Presiden Xi Berucap dalam Sidang Kemuncak Perindustrian dan Perdagangan China-Britain
2015-10-22 14:41:34 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri Britain, David Cameron masing-masing menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak Perindustrian dan Perdagangan China-Britain yang diadakan di City of London petang semalam waktu tempatan.

Presiden Xi yang sedang dalam misi lawatan ke Britain dalam ucapannya menyatakan bahawa sebagai entiti ekonomi pasaran baru muncul yang terbesar di dunia, pertumbuhan ekonomi China berada dalam keadaan "normal baharu". Berlatarbelakangkan pembangunan ekonomi dunia menghadapi kesukaran yang semakin banyak, kadar pertumbuhan ekonomi China kekal pada 6.9% pada Januari hingga September, yang terus memainkan peranan penting untuk memacu pertumbuhan ekonomi dunia. China akan terus menggalakkan pembaharuan dan penyusunan semula struktur agar ekonomi terus bertumbuh secara mantap dan sihat. China juga akan terus mengamalkan strategik terbuka yang mengutamakan situasi menang-menang.

Beliau berkata, struktur industri China dan Britain saling melengkapi. Konsep kedua-dua negara untuk mendukung keterbukaan pasaran, menggalakkan perdagangan bebas dan meningkatkan pelaburan bilateral adalah sama. Kerjasama China dan Britain yang dijalankan dalam rangka gagasan "Satu Jalur, Satu Laluan" (OBAOR)berpotensi besar.

David Cameron berkata, siri perjanjian kerjasama baharu kedua-dua negara dalam bidang tenaga nuklear dan kewangan yang dicapai dalam tempoh lawatan Presiden Xi ke Britain kali ini akan membawa lebih banyak faedah kepada rakyat Britain dan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China