Cari:
Xi Jinping Sampaikan Ucaptama di London
2015-10-22 15:20:13 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China dan Britain patut bersama-sama menyingkap tirai "zaman keemasan" hubungan dua hala dengan berpandangan strategik, bervisi jauh, bersikap terbuka dan inklusif. Kedua-dua pihak juga patut mengambil konsep kerjasama dan mempunyai semangat perintis untuk memberi sumbangan baharu kepada kedamaian dan pembangunan umat manusia.

Demikian ditegaskan oleh Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan ucaptama yang berjudul "Bersama-sama Menggalakkan Keterbukaan dengan Sikap Inklusif dan Memacu Pembangunan secara Damai" di Dewan Bandar Raya City of London semalam waktu tempatan.

Xi menegaskan bahawa beliau menanti-nantikan Britain terus menjadi peneraju untuk menggalakkan kerjasama negara-negara Barat dengan China. Britain diharap dapat terus memperkaya kandungan perkongsian strategik komprehensif China-Britain, meningkatkan perhubungan strategik dan perasaan saling percaya mempercayai dalam bidang politik, bersama-sama dengan pihak China untuk mengekalkan ekonomi dunia yang terbuka dan menggerakkan kepelbagaian tamadun dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China