Cari:
Xi Jinping dan Cameron Adakan Rundingan
2015-10-22 09:58:08 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping yang sedang mengadakan lawatan di Britain telah bertemu dengan Perdana Menteri Britain, David Cameron di pejabatnya di Jalan Downing semalam waktu tempatan. Kedua-dua pemimpin melahirkan penghargaan atas kejayaan yang dicapai dalam perkembangan hubungan China-Britain serta bertukar-tukar pendapat mengenai hubungan bilateral dan isu-isu antarabangsa dan serantau yang menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa. Kedua-dua pemimpin itu bersepakat untuk bersama-sama membina hubungan perkongsian strategik komprehensif global yang menghadapi abad ke-21, meneroka "zaman keemasan" hubungan bilateral yang kekal, terbuka dan menang-menang.

Xi Jinping menyatakan bahawa tahun ini merupakan tahun pertama bagi sepuluh tahun kedua perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara, kedua-dua pihak perlu mengambil peluang ini untuk mengintensifkan hubungan bilateral dan kerjasama yang saling menguntungkan. China sentiasa memberikan perhatian kepada hubungan China-Britain dan bersedia bersama-sama dengan Britain memperkayakan kandungan dalam hubungan bilateral, merancangkan pelan kerjasama untuk menggalakkan hubungan kedua-dua negara berkembang ke tahap yang tinggi.

Cameron pula menyatakan bahawa lawatan Presiden Xi ke Britain amat berhasil. Britain bersedia menjadi rakan kerjasama yang paling baik bagi China antara negara-negara Barat. Britain bersedia mengambil sikap yang proaktif dalam pembinaan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) dan penyelidikan kerjasama dengan pihak China untuk membangunkan "Satu Jalur, Satu Laluan". Britain mengalu-alukan syarikat China melabur di Britain dan juga menyokong Kesatuan Eropah menandatangani perjanjian kawasan perdagangan bebas dengan China dengan seawal mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China