Cari:
Khamenei Sokong Perjanjian Nuklear Iran
2015-10-22 13:29:25 CRI Cetak

Setelah tercapainya Perjanjian mengenai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPoA) berhubung program nuklear Iran tiga bulan yang lalu, pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Sayyed Ali Khamenei menyatakan sokongannya terhadap perjanjian itu semalam.

Dalam surat kepada Presiden Iran, Hassan Rouhani, Khamenei meminta Rouhani dan kerajaannya mengekalkan kewaspadaan terhadap pelaksanaan perjanjian itu kerana AS tidak boleh dipercayai. Menurut beliau, dalam tempoh lapan tahun pelaksanaan perjanjian nanti, sebarang negara dengan sebarang sebab untuk melakukan semula sekatan ekonomi terhadap Iran adalah melanggar perjanjian itu. Jika keadaan itu berlaku, Iran akan mengambil langkah tindak balas dan menggantung perjanjian itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China