Cari:
Presiden Syria Membuat Lawatan Mengejut ke Moscow
2015-10-22 14:47:24 CRI Cetak

Setiausaha Penerangan Presiden Rusia, Dmitri Peskov memaklumkan bahawa Presiden Syria, Bashar al-Assad telah mengadakan lawatan kerja ke Rusia malam kelmarin dan mengadakan rundingan dengan Presiden Rusia, Viladimir Putin menganai operasi ketenteraan Rusia di Syria dalam masa yang panjang.

Menurut Peskov, dalam pertemuan itu, Bashar telah memaklumkan kepada Presiden Putin tentang situasi Syria dan rancangan pasukan tenteranya pada masa depan.

Ketika membicarakan isu penyelesaian krisis Syria, Putin menyatakan bahawa Rusia menganggap krisis Syria akan diselesaikan secara politik dengan disertai oleh semua kuasa politik, etnik dan kumpulan keagamaan selepas operasi tentera mencapai kejayaan.

Bashar menyatakan bahawa keganasan merupakan halangan dalam menyelesaikan krisis Syria secara politik. Operasi ketenteraan Rusia di Syria telah mencegah perluasan keganasan di rantau Asia Barat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China