Cari:
Aniu Teroka Pasaran Melayu
2015-10-23 11:28:58 CRI Cetak

Aniu, 39, yang nama sebenarnya Tan Kheng Seong, sudah pun mencipta namanya di Tanah Besar, Hong Kong dan Taiwan China serta Singapura menerusi pelbagai drama dan filem bahkan turut menjadi penyanyi.

Kini, Aniu mula mengorak langkah meneroka pasaran baharu apabila membintangi filem Rembat di samping Shaheizy Sam, Zizan Razak, Zara Zya dan Zulin Aziz.

Jelasnya, dia menerima tawaran berlakon dalam filem itu lantaran tertarik dengan konsep karyanya. Sebab utamanya adalah potensi yang ada untuk filem ini bagi memikat penonton Melayu yang berbeza budaya dan bangsa daripada peminatnya sebelum ini.

Tambah Aniu, bagi memasuki pasaran khalayak Melayu, dia turut mempunyai perancangan untuk menyanyi lagu berbahasa Melayu pada masa akan datang.

(sumber Sinar Harian)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China