Cari:
Presiden Xi Adakan Pertemuan dengan David Cameron‎ di Chequers
2015-10-23 13:33:22 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden China, Xi Jinping yang membuat lawatan rasmi ke Britain mengadakan pertemuan lagi dengan Perdana Menteri Birtain, David Cameron‎ di Chequers, kediaman desa rasmi David Cameron pada 22 Oktober waktu tempatan.

Dalam pertemuan yang selama empat jam, kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat mengenai kaedah pentadbiran dan pemerintahan negara, hubungan bilateral dan situasi antarabangsa.

Presiden Xi menyatakan bahawa lawatan beliau ke Britain kali ini amat berhasil. Beliau bukan sahaja merasakan perhatian dan hasrat Britain untuk memperkukuh hubungan dengan China, malah juga menghayati persabahatan yang baik rakyat Britain terhadap rakyat China dalam tempoh lawatan kali ini. Beliau menyatakan penuh keyakinan terhadap penerokaan "zaman keemasan" hubungan China-Britain.

Tegas Xi, China bersedia memperkasakan kerjasama dan pertukaran dengan Britain dalam bidang pembaharuan, inovasi, mentadbir urus negara di sisi undang-undang dan anti rasuah. China berharap kewujudan kemakmuran di Eropah dan perpaduan di Kesatuan Eropah, dan juga berharap Britain memainkan peranan proaktif untuk memperkukuh hubungan China-Eropah.

Cameron berkata, Britain dan China mengumumkan akan membentuk bersama perkongsian strategik komprehensif global yang menghadapi abad ke-21. Kedua-dua negara patut melaksanakan hasil yang dicapai dalam lawatan Presiden Xi kali ini. Negaranya menyokong penubuhan Bank Infrastruktur dan Pelaburan Asia (AIIB) dan pengantarabangsaan RMB.

Pada pukul 10. 00 malam hari itu, Presiden Xi mengakhiri lawatannya di London dan menuju ke Manchester untuk meneruskan lawatan di Britain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China