Cari:
China, Britain Keluarkan Kenyataan Bersama
2015-10-23 14:23:15 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China dan Britain mengeluarkan Kenyataan Bersama China dan Britain mengenai Pembinaan Perkongsian Strategik Komprehensif Global yang Menghadapi Abad ke-21 di London pada 22 Oktober waktu tempatan.

Menurut kenyataan bersama itu, China dan Britain bersepakat bahawa lawatan Presiden Xi ke Britain kali ini membawa peluang yang bersifat sejarah bagi hubungan China-Britain.

Kenyataan itu berkata, kedua-dua negara akan terus mempererat pertukaran peringkat tinggi, mengekalkan dan memperkukuh mekanisme pertemuan tahunan perdana menteri kedua-dua negara, dialog ekonomi dan fiskal serta mekanisme pertukaran sosiobudaya dan dialog strategik.

China dan Britain juga amat berminat untuk menjalankan kerjasama dalam pembinaan "Satu Jalur, Satu Laluan" (OBAOR), program pelaburan dan penaiktarafan infrastruktur serta pembinaan Pusat Ekonomi Utara England. Kedua-dua negara akan terus membincangkan pembentukan persekutuan infrastruktur China dan Britain.

Kedua-dua pihak bersedia memperkasa kerjasama dalam sektor kapasiti pengeluaran antarabangsa dan bersikap terbuka terhadap kerjasama tiga pihak.

Britain mengalu-alukan syarikat China menyertai projek tenaga nuklear penggunaan awam negaranya.

China dan Britain sepakat berpendapat, kerjasama kewangan dua hala telah membuahkan hasil yang penting berdasarkan prinsip saling menguntungkan dan kewujudan situasi menang-menang. Kedua-dua negara bersedia memperdalam perkongsian dalam sektor kewangan untuk jangka masa yang panjang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China