Cari:
Presiden Xi Ucap Selamat Tinggal kepada Ratu Elizabeth II
2015-10-23 11:26:05 CRI Cetak

Presiden China Xi Jinping dan isterinya Peng Liyuan meninggalkan istana Buckingham semalam waktu tempatan. Sebelum itu, Ratu Britain, Ratu Elizabeth II dan suaminya, putera Philippe telah bersalam mesra dan mengucapkan selamat jalan kepada mereka.

Xi Jinping menyatakan bahawa lawatan kali ini telah memberikan kesan yang indah dan mendalam kepada beliau dan isterinya. Beliau mengucapkan terima kasih yang ikhlas kepada keluarga diraja Britain, kerajaan dan rakyat Britain kerana telah memberikan layanan yang mesra dan sempurna. Dalam tempoh lawatan itu, China dan Britain bersepakat untuk membina hubungan perkongsian strategik komprehensif global yang menghadapi abad ke-21, meneroka "zaman keemasan" hubungan bilateral yang kekal, terbuka dan menang-menang. Beliau menyatakan keyakinan terhadap masa depan hubungan kedua-dua pihak.

Ratu Elizabeth II menganggap lawatan Presiden Xi ke Britain amat berjaya dengan meningkatkan hubungan kedua-dua negara ke tahap yang baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China