Cari:
SCO Capai Persepakatan Antikeganasan
2015-10-23 11:29:30 CRI Cetak

Seminar ketiga negara anggota dan negara pemerhati Pertubuhan Kerjasama Shanghai(SCO) mengenai kerjasama dalam memerangi keganasan dan ekstremisme antarabangsa telah diadakan di Toshkent, Uzbekstan semalam. Para peserta mencapai persepakatan untuk memperkasakan kerjasama dalam memerangi keganasan.

Para peserta menegaskan bahawa pemeliharaan keamanan rantau SCO merupakan tugas keselamatan utama bagi pelbagai negara anggota dan negara pemerhati SCO. Pelbagai pihak akan memperluaskan kerjasama untuk memerangi keganasan dan ekstremisme. Para peserta menyatakan kebimbangan yang mendalam terhadap situasi yang rumit di Asia Barat dan Asia Selatan serta situasi yang bergolak di Iraq dan Syria, selain menganggap keganasan semakin berleluasa melalui kawasan-kawasan tersebut. Sidang itu juga membincangkan usaha menumpaskan kumpulan militan "Negara Islam" (IS) dan menangani kegiatan ekstrem dan keganasan antarabangsa yang lain di rantau SCO.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China