Cari:
Putin: Gabungkan Semua Tenaga Perangi Keganasan
2015-10-23 14:57:51 CRI Cetak

Presiden Rusia, Viladimir Putin menyeru agar menggabungkan semua tenaga untuk memerangi keganasan.

Program televisyen Rusia-24 melaporkan, ketika menyampaikan ucapan dalam sidang tahunan Kelab Valdai di Sochi, selatan Rusia semalam, Putin menyatakan bahawa langkah pertama untuk mewujudkan kebangkitan masyarakat, ekonomi dan politik di Asia Barat adalah menghapuskan semua pengganas di Syria dan Iraq serta mencegah mereka melarikan diri ke negara lain. Sehubung itu, semua tenaga termasuk tentera kerajaan Iraq dan Syria, kumpulan bersenjata Kurd dan semua pertubuhan golongan pembangkang yang bersedia menyumbangkan kepada usaha memerangi keganasan perlu digabungkan. Selain itu, usaha pembanterasan kegiatan keganasan di dalam dan luar rantau itu perlu diselaraskan, manakala operasi bersama antikeganasan mesti dijalankan berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Putin menyatakan bahawa kemenangan operasi ketenteraan tidak dapat menyelesaikan semua masalah, tetapi akan menyediakan syarat bagi menyelesaikan krisis Syria secara politik. Operasi ketenteraan Rusia tentu akan memainkan peranan penggerak positif terhadap situasi Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China