Presiden China, Xi Jinping yang mengakhiri lawatan rasmi ke Britain tiba di Beijing hari ini.
Sebelum ini, beliau yang diiringi oleh Perdana Menteri Britain, David Cameron melakukan tinjauan di tapak projek Bandar Lapangan Terbang di Manchester yang diusahakan bersama-sama oleh kedua-dua negara pada 2011 di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai peningkatan kerjasamaan infrastruktur.
Xi berharap agar projek itu dapat dijayakan sehingga menjadi contoh baik kerjasama China-Britain yang saling menguntungkan.