Cari:
Draf Perjanjian bagi Persidangan Perubahan Iklim Paris Dicapai dalam Rundingan Bonn
2015-10-24 16:10:22 CRI Cetak

Rundingan pada pusingan terakhir menjelang Persidangan Perubahan Iklim PBB 2015 berakhir di Bonn, Jerman malam tadi, dengan dicapainya satu draf perjanjian perubahan iklim global yang dijangka dimuktamadkan menjelang penghujung tahun ini di Paris, Perancis.

Wakil kanan China, Su Wei memaklumkan, draf itu meletakkan asas yang kukuh bagi rundingan berkenaan pada Persidangan Perubahan Iklim di Paris.

Dimaklumkan, draf yang memiliki 26 bab tersebut mencakupi butiran-butiran seperti perkembangan dan pemindahan teknologi, pembinaan keupayaan, tahap ketelusan dan lain-lain.

Namun, perselisihan masih wujud antara negara maju dengan negara membangun pada masa ini, iaitu tanggungjawab yang wajib dipikul, terutamanya pengurangan pelepasan gas rumah hijau dan bantuan dana kepada negara membangun.

Dalam pada itu, pengerusi perundingan, Ahmed Djoghlaf berkata, perselisihan berkenaan akan dibawa ke Persidangan Paris yang dijadualkan pada 30 November depan untuk dibincangkan sampai menemukan penyelesaian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China