Cari:
Lawatan Presiden Xi Jinping Buka Zaman Baharu Hubungan China-Britain
2015-10-24 14:39:49 CRI Cetak

Selepas Presiden China, Xi Jinping mengakhiri lawatan rasmi ke Britain yang berlangsung pada 19-23 Oktober lalu, Menteri Luar China, Wang Yi telah memaklumkan bahawa lawatan Presiden Xi kali ini telah membuka zaman baharu hubungan China-Britain.

Menurut Wang, dalam lawatan kali ini, Presiden Xi dan Perdana Menteri Britain, David Cameron telah mengadakan beberapa kali perbincangan untuk mencapai persepakatan yang penting. Kedua-dua pemimpin itu bersepakat untuk bersama-sama membina perkongsian strategik komprehensif global yang menghadapi abad ke-21, meneroka "zaman keemasan" hubungan bilateral yang kekal, terbuka dan menang-menang. Sehubungan itu, Wang Yi menganggap bahawa itulah pilihan strategik yang dibuat kedua-dua pihak berdasarkan kepentingan negara masing-masing dan juga untuk mewujudkan kedamaian dan kemakmuran di dunia.

Wang Yi menyatakan bahawa persepakatan tersebut menggambarkan keinginan kuat kedua-dua pihak untuk menjalankan kerjasama dan mewujudkan situasi menang-menang sekali gus menggariskan hala tuju perkembangan hubungan China-Britain pada masa depan. Menurut Kenyataan Bersama China-Britain, pembangunan kedua-dua negara dianggap sebagai peluang yang penting bagi kerjasama dua hala. Kedua-dua pihak akan memperluas perdagangan dan pelaburan dua hala, saling menyokong peningkatan daya saing ekonomi dan inovasi untuk memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara dalam tempoh sedekad akan datang.

Wang menyatakan bahawa lawatan kali pertama Presiden Xi ke Britain ini amat berjaya kerana bukan sahaja telah menggalakkan perkembangan hubungan bilateral China-Britain dan membuka zaman keemasan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara, malah juga menyuntik semangat baharu kepada kerjasama China-Eropah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China