Cari:
Masyarakat Britain Sanjung Tinggi Hasil Lawatan Presiden China
2015-10-24 14:52:50 CRI Cetak

Baru-baru ini, pelbagai kalangan masyarakat Britain telah memberikan perhatian besar kepada lawatan Presiden China, Xi Jinping ke negara itu serta menyanjung tinggi hasil yang dicapai dalam lawatan itu.

Media Britain telah membuat banyak laporan yang terperinci terhadap lawatan itu termasuk siaran langsung terhadap beberapa aktiviti yang penting. Akhbar Financil Times Britain mengeluarkan rencana pengarang yang menganggap bahawa lawatan itu menandakan Britain menetapkan semula hubungannya dengan kuasa besar lain.

Media Britain juga menyambut baik hasil kerjasama pragmatik yang dicapai dalam lawatan Presiden Xi, menghargai peluang perkembangan yang didatangkan pembangunan China. Mereka menganggap kerjasama yang saling menguntungkan dan memang-menang Britain-China akan menggalakkan pembangunan kedua-dua negara dan memberikan manfaat yang sebenar kepada rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China