Cari:
Pastikan Prinsip Piagam PBB Dipatuhi
2015-10-24 15:42:57 CRI Cetak

Wakil tetap China ke PBB, Liu Jieyi menyatakan bahawa sempena ulang tahun ke-70 penubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pelbagai pihak mesti mengambil sikap yang menghormati sejarah dan berkomited untuk mematuhi tujuan dan prinsip Piagam PBB.

Perhimpunan Agung PBB telah mengadakan persidangan untuk memperingati ulang tahun ke-70 penguatkuasaan Piagam PBB semalam dan meluluskan perisytiharan mengenai ulang tahun ke-70 penubuhan PBB.

Dalam persidangan itu, Liu Jieyi menyatakan bahawa penguatkuasaan Piagam PBB pada 70 tahun yang lalu menandakan tertubuhnya PBB secara rasmi. Piagam PBB telah meletakkan asas bagi pembentukan order antarabangsa dan norma asas hubungan antarabangsa kontemporari. Selepas 70 tahun berlalu, pelbagai pihak patut berkomited untuk mematuhi tujuan dan prinsip Piagam PBB, meneliti kaedah memelihara kedamaian yang kekal masyarakat manusia dan mencari jalan bagi pelbagai negara membangun bersama-sama.

Liu Jieyi menyatakan bahawa China bersedia bersama-sama dengan negara anggota PBB lain mempertahankan tujuan dan prinsip Piagam PBB, melaksanakan dengan bersungguh-sungguh persepakatan yang dicapai dalam siri sidang kemuncak PBB, membina hubungan antarabangsa baharu yang berteraskan kerjasama dan menang-menang serta merealisasi sasaran yang dirancangkan dalam Piagam PBB.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China