Cari:
Bulgaria, Serbia dan Romania Merancang Tutup Pintu Sempadan
2015-10-25 15:36:03 CRI Cetak

Bulgaria, Serbia dan Romania memutuskan secara sebulat suara penutupan pintu masuk di sempadan sejurus selepas Jerman dan Austria menutup pintu sempadan mereka.

Keputusan itu dibuat oleh perdana menteri dari ketiga-tiga negara tersebut dalam satu mesyuarat berhubung isu pelarian yang diadakan di Sofia, ibu negara Bulgaria semalam.

PM Bulgaria, Boyko Borissov mendakwa, sekiranya Jerman dan Austria menutup pintu sempadan, negara itu berserta Serbia dan Romania juga akan berbuat sedemikian kerana tidak mampu menahan jumlah pelarian yang terlalu ramai.

Dalam pada itu, PM Romania, Vitor Ponta berkata, isu pelarian merupakan keprihatinan seluruh Eropah. Mereka akan bergembleng tenaga dalam menghadapi tekanan besar ekoran isu pelarian berkenaan.

Pada masa yang sama, PM Serbia, Aleksandar Vučić menggesa satu pendekatan inklusif bagi menyelesaikan krisis tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China