Cari:
Konsert Bersempena Ulang Tahun Ke-70 Penubuhan PBB
2015-10-25 15:09:21 CRI Cetak

24 Oktober merupakan Hari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB). Sebuah konsert bagi menyambut ulang tahun ke-70 penubuhan PBB telah diadakan di ibu pejabat PBB di New York pada malam 23 Oktober lalu. Konsert itu dipersembahkan bersama oleh seniman dari pelbagai negara, termasuk pemain piano terkenal China, Lang Lang dan Kumpulan Orkestra Simfoni KBS dari Korea Selatan.

Ketika berucap sebelum persembahan itu diadakan, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkata, dalam masa beberapa dekad yang lalu, PBB telah membawa kebebasan kepada berjuta-juta orang, menghapuskan kolonialisme dan aparteid. Sekarang, anggota pengaman dan anggota penyelamat kemanusiaan PBB tetap memberi sumbangan untuk menghapuskan konflik dan mencegah penyakit di pelbagai tempat di dunia.

Tambah beliau, masyarakat antarabangsa telah meluluskan Agenda Pembangunan Lestari 2030. PBB perlu meningkatkan kekuatannya bagi memastikan matlamat pembangunan itu dapat dicapai.   

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China